BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 23, 2009

SebEnar-BeNar c1ntA...

CINTA kpd ALLAH sgt berbeza segala-galanya. Saat cinta kpd manusia membawa kesedihan, hny cinta kpd ALLAH membawa kedamaian. Saat cinta insan membawa kehancuran, hny kpd ALLAH membawa kebahagiaan. Sebaliknya,cinta kpd ALLAH adlh sebenar-benar cinta hakiki yg pasti membawa bahagia tika d dunia dan akhirat kelak.


Kerana itulah, apabila kekuatan cinta kpd ALLAH melebihi segala-galanya,manusia tidak akan takut utk berdepan dgn kegagaln cinta sesama insan. Dan kecintaan yg mendalam kpd ALLAH tidak akn membuatkan seseorang itu terburu-buru utk melafazkan kata cintanya kpd orang yg tersayang.

Kesedaran bhwa cinta kpd ALLAH adlh sebaik-baik cinta yg harus dmiliki manusia. Namun, kadang kala kesedaran ini sukar dterjemah dlm ayt biasa, lantas golongan remaja terutamanya, gagal utk memahami pengertian cinta kpd ALLAH itu sebenarnya. Cinta kpd insan lebih kpd sesuatu yg melalaikan,sedangkan cinta kpd ALLAH bakal memberi ketenangan, kedamaian & kebanagiaan.

Namun, tidak dpt dnafikan bhwa setiap insan memiliki perasaan cinta yg amat indah, ingin mencintai dan dcintai dan mahu cinta mereka d akhiri dgn perkahwinan.

Tetapi cinta yg indah itu kadang kala sgt menakutkan. Kerana kegagalan cinta menjadikan insan merana dan berasa hidup sdh tidak bermakna. Maka, jadilah cinta itu sebagai kepahitan yg begitu mengecewakan dan menyakitkan perasaan.

Oleh itu, sy berharap agr pengertian cinta itu akn lebih dfahami oleh setiap pembaca. Tidak ada cinta yg lebih agung selain cinta kpd ALLAH dan Rasul-Nya. Maka, apabila bercinta, jgnlah cinta itu melebihi cinta kpd ALLAH dan Rasul-Nya.

Semoga article ini dpt membuka satu lagi dimensi baru dlm kehidupan manusia yg sedang mencarcari satu pengertian cinta yg hakiki. INSYA-ALLAH..

wassalam.

-nukilan=SYARIFAH ABU SALEM-

0 comments: